PERAKUAN AKREDITASI

PERAKUAN AKREDITASI PENUH PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM (DPA) INTAN TAHUN 2015

Sebagai menyahut cabaran transformasi perkhidmatan awam negara, INTAN telah melakar dimensi baharu dalam sejarah Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik apabila Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN yang diperkenalkan dalam tahun 2015 telah memperolehi Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkuatkuasa pada 30 Disember 2015.


Program DPA INTAN telah menepati tahap 7 dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) iaitu tahap Diploma Pascasiswazah dan setanding dengan Program-program Diploma Pascasiswazah yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan mahupun di luar negara.


Kejayaan mendapatkan Akreditasi Penuh bagi Program DPA merupakan hasil usaha dan kerjasama erat serta komitmen jitu daripada semua kluster di INTAN serta sokongan padu Pengurusan Tertinggi Jabatan Perkhidmatan Awam dalam bersama-sama membangunkan dokumentasi Permohonan Akreditasi Penuh Program DPA Tahun 2015 yang komprehensif tanpa mengira masa dan tenaga. Kejayaan ini juga telah memperkukuhkan lagi fungsi dan peranan INTAN sebagai sebuah pusat kecemerlangan latihan dan kepimpinan sektor awam yang terulung di negara ini dalam mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran penjawat-penjawat awam melalui pendekatan latihan yang komprehensif dan holistik untuk melahirkan gugusan perkhidmatan awam yang berkompetensi tinggi, dinamik serta progresif.