MINDA BESTARI

   Ketua Setiausaha Negara (KSN)

WEBINAR ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA”

“Bersandarkan kepada semangat Keluarga Malaysia, kita semua sebagai penjawat awam perlu mencari titik persamaan, memperkukuhkan perpaduan dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap tingkah laku untuk hidup dalam keadaan aman damai sebagai sebuah keluarga besar di negara yang bertuah ini.”



SESI AMANAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERSAMA-SAMA PARA PESERTA PROGRAM DPA 2021”

“Ke arah ini, saya telah pun utarakan sebelum ini suatu call to action atau seruan keramat iaitu “Kepercayaan Untuk Berkhidmat.” Mantra ini menggambarkan segala usaha kita pada masa ini yang perlu ditumpukan ke arah matlamat utama iaitu untuk mengangkat tinggi keyakinan rakyat kepada penjawat awam. Seruan ini pula bukanlah seruan kosong tetapi ditunjangi oleh lima prinsip yang perlu dihayati dan lebih penting lagi diterjemahkan dalam tugasan harian kita semua. Lima prinsip yang saya maksudkan adalah pertamanya kebersamaan, kedua; pembudayaan integriti, ketiga; dinamik, keempat; interaksi dan yang terakhir - khidmat bakti.”



MAJLIS ISTIADAT PENGANUGERAHAN DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM (DPA) DAN FELO INTAN TAHUN 2021”

“Ke arah ini, saya telah pun utarakan sebelum ini suatu call to action atau seruan keramat iaitu “Kepercayaan Untuk Berkhidmat.” Mantra ini menggambarkan segala usaha kita pada masa ini yang perlu ditumpukan ke arah matlamat utama iaitu untuk mengangkat tinggi keyakinan rakyat kepada penjawat awam. Seruan ini pula bukanlah seruan kosong tetapi ditunjangi oleh lima prinsip yang perlu dihayati dan lebih penting lagi diterjemahkan dalam tugasan harian kita semua. Lima prinsip yang saya maksudkan adalah pertamanya kebersamaan, kedua; pembudayaan integriti, ketiga; dinamik, keempat; interaksi dan yang terakhir - khidmat bakti.”



BICARA NARATIF RTM1 “PENGURUSAN DARURAT: PENDEKATAN STRATEGIK MEMERANGI COVID-19”

“Saya konsisten menekankan bahawa Jentera Perkhidmatan Awam dalam tempoh darurat ini tidak akan terjejas dan berfungsi seperti sedia ada dengan berpegang kepada konsep neutraliti dan profesionalisme serta menghormati prinsip pembahagian kuasa.”



MAJLIS AMANAT KSN PESERTA PROGRAM DPA 2020

“Justeru itu, budaya integriti perlu disemai dan ditanam dalam diri saudara dan saudari dengan menghindari budaya rasuah, tidak amanah, tidak bertanggungjawab, berpecah belah, bersifat perkauman dan lain-lain sikap negatif. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghapuskan amalan dan persepsi negatif ini dari imej kita sebagai penjawat awam dengan menjaga diri kita sendiri, keluarga dan warga perkhidmatan awam agar tidak terpengaruh dengan perbuatan dan anasir-anasir negatif ini termasuk daripada pengaruh media sosial.”



BANGKITLAH MALAYSIAKU

“Sungguh Permai Bumi Yang Indah

Tanahnya Subur Mekar Dan Megah

Eknominya Makmur Maju Dan Mewah Teguh Berdiri Malaysiaku Bertuah

 

Enam Puluh Tiga Tahun Kita Membina WataN

Menyuburkan Pembangunan Menjana Kekuatan

Menggenggam Iltizam Memenuhi Impian

Demi Watan Dan Generasi Mendatang

 

Tahun 2020 Melakar Sejarah

Dekad Baru Yang Penuh Harapan

Namun Digegar Pandemik Yang Merubah Arah

Merobek Ekonomi Mengikat Kebebasan

 

Dan Buat Pertama Kalinya Sekian Rakyat Pemimpin Dan Penjawat Awam

Di Rumah Kediaman Mahupun Di Barisan Hadapan

Bersatu Hati Bangun Melawan Dengan Jerih Payah Dan Air Mata

Mempertaruh Jiwa Dan Raga Kerana Malaysia Adalah Tanggungkawab Termulia

 

Ogos Kini Kembali Bersua

Mengingatkan Kita Perjuangan Yang Penuh Jasa

Erti Kemerdekaan Penuh Berharga

Dan Di Bawah Segala Derita Ujian Bencana

Marilah Kita Bangunkan Jiwa-jiwa Merdeka”



UCAPAN PERASMIAN PROGRAM KSN@MERDEKA

“Prinsip F.A.S.T.E.R - flat, agile, streamlined, tech-enabled, efficient and resilient - perlu digenggam setiap penjawat awam dalam mendepani pandemik COVID-19.”



Majlis Perasmian Program DPA INTAN Bil. 1 Tahun 2017

“Selaku bakal pemimpin negara pada masa depan, saudara dan saudari bukan sahaja perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta kelayakan akademik yang mencukupi, malah perlu sentiasa mengamalkan budi pekerti yang luhur dan tahap budi bahasa yang tinggi.”



MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT BERSAMA-SAMA PESERTA PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENGURUSAN AWAM (DPA) INTAN TAHUN 2016

“Dalam kita teruja melayari dan menggunakan media sosial, janganlah sekali-kali memburukkan nama Negara dan Kerajaan kerana kita adalah sebahagian daripada Kerajaan ini, dan kita perlu memelihara dan menjaga imej, nama dan kepentingan Negara ini.”



Majlis Penyampaian Amanat Sempena Pemangkuan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Pelbagai Gred

Sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang menjadi tunjang Perkhidmatan Awam, kita perlulah melengkapkan diri kita dengan sifat-sifat kepimpinan yang tertinggi. Salah satu sifat yang penting bagi seorang pemimpin masa kini adalah kebolehan untuk berfikir dengan mengambil kira pelbagai perspektif atau ‘Big Picture Thinking’.



Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perkhidmatan Tadbir & Diplomatik (PPTD) 2016

Tiga (3) kalimat keramat yang dilafazkan oleh Douglas Mac Arthur, an American five-star general seharusnya digenggam dan disemat rapi dalam sanubari setiap PTD. Tiga (3) kalimat tersebut ialah DUTY, HONOUR, COUNTRY. Menurut panglima tentera ini; Those three hallowed words reverently dictate what you ought to be, what you can be, what you will be. They are your rallying points: to build courage when courage seems to fail; to regain faith when ]there seems to be little cause for faith; to create hope when hope becomes forlorn. Justeru, berpegang kepada DUTY, HONOUR, COUNTRY – saya mengajak rakan-rakan PTD sekalian untuk melaksanakan tanggungjawab kita dengan penuh rasa bangga demi membangunkan negara kita yang tercinta ini.



KSN Annual Lecture "Merakyatkan Perkhidmatan Awam : Prioritising The People"

As we move along this journey in public service, let us be more efficient and effective in providing the best services to the people, and to be more resilient in the face of external strains and uncertainties. Let us take pro-active steps to transform for the betterment of our service. I feel that there are two forms for transformation that need to be done here:

  1. Firstly, transforming our processes, to modernise or improve the performance of administrative systems, to address persistent underlying inefficiencies as well as respond to external changes such as the digitalisation of media; and

  2. Secondly, focusing on structure, which runs deeper; that is to re-evaluate our organisational composition, including people and component agencies in order to be leaner, more agile, networked and performance-driven.


Majlis Penyampaian Surat Penempatan PTD

Sedikit nasihat yang boleh membantu saudara-saudari sekalian dalam menjalankan tugas nanti.

  1. Laksanakan tugas dengan penuh integriti. Kita seharusnya ingat kepada amanah yang telah diberikan kepada kita sebagai penjawat awam.

  2. Bersikap tegas dan professional dan setia kepada kerajaan yang memerintah. Janganlah terpengaruh dengan media sosial dan kita perlu bijak menilai apa yang benar daripada fitnah dan berita palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. Saya yakin saudara-saudari sekalian lebih arif dalam menggunakan media sosial. Maka gunakanlah media sosial untuk mempertingkatkan imej perkhidmatan awam dan menangani persepsi negatif terhadap Kerajaan.

  3. Mempertingkatkan kompetensi – Menambah ilmu pengetahuan kita dengan lebih membaca. Mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi terutamanya dalam Bahasa Inggeris.

  4. Berinovatif dan berani menyuarakan pandangan - Berusaha memikirkan pendekatan baru dalam pelaksanaan dasar dan penyelesaian isu. Disamping itu, berupaya menyampaikan pandangan secara konstruktif.


Global Expert Series "Developing Leadership Qualities"

I take this opportunity to highlight a few leadership qualities that I hope you can all strive to develop to become an extraordinary leader in the public service:

  1. Be a leader with strong, personal character, as character is the essence of leadership. Follow through on commitments, keep your word, be honest, make decisions with the good of the country and organisation in mind without any personal agenda, and be open, transparent and accountable;

  2. Inspire creative and innovative thinking to adapt to changing circumstances. This will ensure that the organisation survives and thrives over time. Remember to also stimulate creativity and innovation not only during bad times, but also during good times;

  3. Continue to grow and enhance your competencies, so you are a leader with substance and respected by those you work with. Read, read and read and expand your knowledge, observe what traits and characters leaders you admire have and strive to improve yourself everyday;

  4. Be a caring and compassionate leader when dealing with your colleagues, sub-ordinates and the rakyat. Particularly, put yourself in the the other person’s shoes and look at things from their perspective. Undertake more “Search and Serve” initiatives for the rakyat and do not forget to “Search and Serve” in your own organisation;

  5. Have humility, which can be the bridge to build positive and collaborative relationships with people from all walks of life, and every race and creed; and learn from feedback. Become the kind of leader that people would follow voluntarily, even if you had no title or position; and

  6. Most importantly, be a leader who listens, who not only listens to good things, but also to honest opinions, ideas, criticisms and complaints. Be a receptive listener who will take what you have heard and turn them into action.